Sejarah Pangkat enam bintang

Pada 21 Januari 1955, satu draf resolusi telah dicadangkan kepada Senat AS untuk memberi kuasa Presiden AS Dwight D. Eisenhower melantik Douglas MacArthur, ketika itu berpangkat General of the Army, ke pangkat lebih tinggi "General of the Armies Amerika Syarikat sebagai pengiktirafan besar jasa khidmat baktinya kepada negara", serta "pelantikan tersebut akan berkuatkuasa pada ulang tahun ke-75 kelahirannya, 26 Januari 1955."[1] Cadangan itu mempunyai sedikit peluang untuk diluluskan dan tidak pernah di undi.[2] Dalam buku-buku yang diterbitkan beberapa dekad kemudian, beberapa orang penulis menggambarkan cadangan pangkat ini sebagai pangkat enam bintang.[2][3][4]

Pangkat General of the Armies pernah dikurniakan sebelum ini, pada tahun 1919, kepada Jeneral aktif empat bintang John J. Pershing. Memandangkan pangkat lima bintang tidak wujud ketika itu, konsep pangkat enam bintang ini boleh dipertikaikan. Tanda-tanda yang digunakan untuk mengenal pasti pangkat baru Pershing sebagai jeneral yang lebih tinggi ialah susunan baris empat bintang emas (bukan perak).

Pangkat Admiral of the Navy telah dicipta untuk George Dewey pada tahun 1903, sebagai mengiktiraf kemenangannya dalam Pertempuran Teluk Manila semasa Perang Sepanyol–Amerika, dan tarikh pangkat telah diundur ke tahun 1899. Pada 1944, pihak Tentera Laut AS mengisytiharkan pangkat Dewey lebih senior dari pangkat Fleet Admiral lima bintang yang baru diwujudkan.

Pada tahun 1976, sebagai sebahagian daripada memperingati ulang tahun ke-200 AS, Jeneral George Washington telah dinaikkan pangkat secara anumerta ke General of the Armies Amerika Syarikat.[5] Walaupun undang-undang tidak menyatakan jumlah bintang yang sebenar,[6] beberapa surat khabar AS[7][8][9] dan Ahli Kongres[10] menyifatkan ini sebagai pangkat enam bintang. Pelantikannya ialah berkhidmat sebagai "Jeneral dan Panglima Besar Tentera Darat Koloni Bersatu".[11][12]

Berkaitan